Mengapakah Zaman Renaissance Bermula Di Itali?

TaraHap - Zaman Renaissance bermula di Itali pada abad ke-14 dan kemudiannya berkembang ke Eropah Barat sehingga kira-kira abad ke-17.

Mengapakah Zaman Renaissance Bermula Di Itali

Istilah Renaissance berasal daripada perkataan Itali, iaitu renisciment yang bermaksud "kelahiran semula" dan istilah ini merujuk pada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni dalam tamadun Yunani dan Rom.

Seperti yang telah kita ketahui, Zaman Renaissance bermula di Itali pada abad ke-14. Mengapakah Zaman Renaissance Bermula Di Itali? Mari simak artikel berikut...


4 Alasan Mengapa Zaman Renaissance Bermula Di Itali


1. Ramai tokoh aliran humanisme muncul di Itali
Contohnya Francisco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio.

Tokoh-tokoh tersebut menggalakkan manusia menggunakan akal untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah. Mereka membantu menyebarkan idea Renaissance.


2. Banyak bandar pelabuhan muncul di Itali
Contohnya bandar Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan. Selain menjadi pusat perdagangan antarabangsa, bandar ini juga menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama.

Bandar tersebut juga berlumba-lumba mendapatkan tokoh cendekiawan untuk mengindahkan bandar mereka.


3. Ramai pedagang kaya muncul di Itali
Contohnya keluarga Medici di Florence. Golongan pedagang kaya ini menjadi patron (penaung atau penaja) kepada pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis.

Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk membantu cendekiawan melakukan penyelidikan dan mengindahkan bandar.


4. Peranan yang dimainkan oleh pihak Gereja Rom
Paus di Rom berhasrat menjadikan Rom cantik seperti bandar Florence. Mereka turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan. Mereka mengupah pelukis dan pengukir untuk mencantikkan gereja Rom.



15 Sebab Zaman Renaissance berlaku di Itali


  • 1. Lahir aliran pemikiran humanisme melalui penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan.
  • 2. Melahirkan Bapa Humanisme iaitu Francesco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio.
  • 3. Kesediaan meneroka bidang dan kawasan baru kerana didorong oleh semangat inkuiri yang kuat.
  • 4. Kemunculan bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan.
  • 5. Pertembungan budaya, bahasa dan agama kerana kedudukan Itali yang strategik di kelilingi Laut Mediterranean.
  • 6. Kemunculan Venice dan Genoa sebagai pelabuhan untuk menjalankan perdagangan antarabangsa.
  • 7. Kemunculan para pedagang kaya yang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan.
  • 8. Golongan pedagang kaya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis. Antara patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Florence.
  • 9. Berlaku persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang oleh patron.
  • 10. Para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar bagi tujuan menyiapkan tugasan secara tidak langsung menyebarkan idea Renaissance di Itali.
  • 11. Paus di Rom menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan.
  • 12. Golongan ini mula bekerja secara bersendirian untuk mempelihatkan bakat masing-masing.
  • 13. Kemahiran seniman dihargai dan ini mempengaruhi para pelukis untuk dikenali secara individu iaitu individualisms seperti pelukis iaitu Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo.
  • 14. Perubahan konsep pendidikan dengan menggalakkan pembinaan kemahiran dalam aspek intelektual serta fizikal di kalangan individu. Misalnya, Leonardo da Vinci dan Michelangelo, selain menjadi pelukis dan pengukir agong, disanjung kerana kemahiran dalam bidang ilmu pengetahuan yang lain.
  • 15. Terdapat tokoh Renaissance yang muncul di beberapa buah negara Eropah di England, contohnya, tokoh pemikir seperti Thomas More, Francis Bacon dan William Shakespeare.



Sumber
Notasejarah
Eropah.weebly.com
Sitibahriah Sejarah

LihatTutupKomentar