Mengapakah Delta Terbentuk Di Muara Sungai?

TaraHap - Delta Sungai atau Kuala (bahasa Inggeris: River Delta) ialah lanar yang berbentuk segi tiga di muara sungai.

Mengapakah Delta Terbentuk Di Muara Sungai?
Delta Sungai Nil

Delta sungai biasanya berlaku daripada terkumpulnya endapan atau sedimen yang dibawa oleh muara sungai lalu memasuki jasad air yang mengalir dengan lebih perlahan ataupun bertakung seperti laut, lautan, tasik ataupun sungai lain yang tidak mampu memindahkan atau membawa endapan keluar dari aliran tersebut.

Saiz, bentuk dan lokasi lembangan turut memainkan peranan dalam pembentukan delta sungai.


Pembentukan Delta Sungai

Delta sungai terbentuk dari endapan pasir atau sedimen di bahagian bawah sungai. Sedimentasi mengakibatkan berlakunya tanah yang luas di sekitar sungai.

Delta sungai terbentuk daripada pemendapan bahan yang berlaku secara berterusan. Untuk menjadi delta sungai, ia memerlukan banyak bahan sedimen yang dibawa oleh air.


Mengapakah Delta Terbentuk Di Muara Sungai?

Kerana muara sungai adalah lokasi terakhir air sungai mengalir ke laut, tasik atau sungai-sungai lain, apabila air mengalir kemudian tanah akan mengikis sehingga delta terbentuk.


Sumber Rujukan
https://en.m.wikipedia.org/wiki/River_delta
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Delta

LihatTutupKomentar